FERRARI

FERRARI

CERITA

10:42 AM | with 0 comments »

Pada zaman dahulu kala entah bila-bila, ada tiga orang budak yang bernama Damtaro, Kirimaru dan Shinbei. Pada suatu hari, mereka bertiga hendak pergi ke Istana Dokutake yang terletak entah dekat mana tak tahulah untuk bertemu dengan seorang budak yang bernama Nobita dan kawannya, Doraemon. Sebelum mereka pergi mereka telah berjumpa dengan cikgu mereka yang bernama Cikgu Kiyoka, Cikgu Yamada, dan Cikgu Tobey.

Cikgu mereka memberitahu mereka supaya membawa laptop, printer, kamera, dan handset. (Pada zaman dulu pun ada benda macam tu juga ke tak tahulah). Cikgu mereka berkata bahawa laptop untuk menaip, printer untuk mencetak, kamera untuk mengambil gambar, dan handset untuk berkomunikasi jika ada masalah. Cikgu mereka juga berkata bahawa jalan menuju ke Istana Dokutake itu jauh, berliku serta penuh dengan cabaran dan dugaan yang mendatang.

Pada keesokkan harinya mereka pun pergilah. Mereka bertolak seawal pagi untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Sedang dalam perjalanan, mereka berasa letih lalu mereka pun berehat di bawah sebatang pokok. Tidak lama kemudian, datang seorang orang gila menuju ke arah mereka. Shinbei teringat akan kamera yang dibawanya tadi, lalu Shinbei pun mengambil kamera dan menangkap gambar orang gila itu. Orang gila itu berasa takut lalu lari ketakutan. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan.

Sedang dalam perjalanan, mereka ternampak seekor binatang yang pelik tetapi seakan kucing. Tiba-tiba, Damtaro teringat akan sesuatu. Lalu dia mengeluarkan laptop yang ada bersamanya dan membukanya. Dia kemudian melayari internet dengan menggunakan software Mozilla Firefox. Dia menaip perkataan kucing dan menekan butang ‘search’. Dari situ mereka mendapat maklumat bahawa binatang itu adalah kucing hutan.

Kemudian mereka meneruskan perjalanan lalu sampai di persimpangan yang mempunyai dua simpang. Mereka tidak tahu untuk mengikut simpang mana. Lalu Kirimaru mengeluarkan handset dan menelefon Nobita. Nobita memberitahu Kirimaro supaya ikut simpang kiri dan jalan terus sehingga nampak Istana Dokutake.

Tidak lama kemudian mereka pun sampai ke Istana Dokutake dan terus berjumpa dengan Nobita dan Doraemon. Doraemon mengambil kamera lalu dia menyambungkan USB kamera ke komputer dan mencetak gambar dengan menggunakan printer. Maka, habislah cerita. Sekian.

0 comments