FERRARI

FERRARI

Pada zaman dahulu, ada orang putih dari barat entah dari negara mana tak tahulah telah sampai di sebuah pulau yang mana dia pun tak tahu pulau apa. Tetapi di pulau itu terdapat banyak jenis pokok yang sama.

Maka apabila dia naik ke pantai pulau itu, lalu bertemulah dia dengan seorang penduduk pulau tersebut. Kemudian bertanyalah orang putih itu kepada penduduk pulau berkenaan mengenai pokok tersebut melalui perantaraan jurubahasanya. Penduduk pulau itu pun berkata bahawa pokok itu adalah ‘pokok pisang’. Lalu jurubahasa itu pun memberitahu orang putih itu bahawa pokok itu adalah ‘pokok pinang’ kerana jurubahasa tersebut tidak pandai menyebut huruf ‘S’.

Maka dinamakanlah pulau itu Pulau Pinang.

0 comments