FERRARI

FERRARI

LOGO

2:48 AM with 0 comments »



SMKA TAHAP KISAS UIAM

TEKA-TEKI

5:37 PM with 0 comments »

Dalam banyak-banyak buah, buah apa ada tangan.

Klik disini untuk jawapan

Pada zaman dahulu, ada orang putih dari barat entah dari negara mana tak tahulah telah sampai di sebuah pulau yang mana dia pun tak tahu pulau apa. Tetapi di pulau itu terdapat banyak jenis pokok yang sama.

Maka apabila dia naik ke pantai pulau itu, lalu bertemulah dia dengan seorang penduduk pulau tersebut. Kemudian bertanyalah orang putih itu kepada penduduk pulau berkenaan mengenai pokok tersebut melalui perantaraan jurubahasanya. Penduduk pulau itu pun berkata bahawa pokok itu adalah ‘pokok pisang’. Lalu jurubahasa itu pun memberitahu orang putih itu bahawa pokok itu adalah ‘pokok pinang’ kerana jurubahasa tersebut tidak pandai menyebut huruf ‘S’.

Maka dinamakanlah pulau itu Pulau Pinang.

Singapura mendapat nama dari satu peristiwa yang berlaku di sebuah kampung nelayan di tepi pantai. Kisahnya begini, kapal dagang dari India yang hendak ke Negeri China melalui kawasan kampung nelayan tersebut.

Nelayan-nelayan di kampung tepi pantai itu ramai-ramai melambai-lambai tangan kepada kapal dagang tersebut sambil melaungkan "SINGGAH, SINGGAH, SINGGAH" dengan harapan kapal dagang India itu akan berlabuh di kampung mereka dan dapatlah mereka berjual beli.

Anak-anak kapal dagang dari India pula tidak mahu singgah sebab ketika itu Pulau Singapura belum dimajukan lagi, lalu mereka membalas dengan melaungkan pula "PORRAH, PORRAH!"

Gabungan dari dua perkataan itu "SINGGAH" dan 'PORRAH' maka jadilah SINGAPURA!

HILANG DUIT

12:43 AM | with 0 comments »

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!"

IMAGE

7:55 PM | with 0 comments »

CERITA

10:42 AM | with 0 comments »

Pada zaman dahulu kala entah bila-bila, ada tiga orang budak yang bernama Damtaro, Kirimaru dan Shinbei. Pada suatu hari, mereka bertiga hendak pergi ke Istana Dokutake yang terletak entah dekat mana tak tahulah untuk bertemu dengan seorang budak yang bernama Nobita dan kawannya, Doraemon. Sebelum mereka pergi mereka telah berjumpa dengan cikgu mereka yang bernama Cikgu Kiyoka, Cikgu Yamada, dan Cikgu Tobey.

Cikgu mereka memberitahu mereka supaya membawa laptop, printer, kamera, dan handset. (Pada zaman dulu pun ada benda macam tu juga ke tak tahulah). Cikgu mereka berkata bahawa laptop untuk menaip, printer untuk mencetak, kamera untuk mengambil gambar, dan handset untuk berkomunikasi jika ada masalah. Cikgu mereka juga berkata bahawa jalan menuju ke Istana Dokutake itu jauh, berliku serta penuh dengan cabaran dan dugaan yang mendatang.

Pada keesokkan harinya mereka pun pergilah. Mereka bertolak seawal pagi untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Sedang dalam perjalanan, mereka berasa letih lalu mereka pun berehat di bawah sebatang pokok. Tidak lama kemudian, datang seorang orang gila menuju ke arah mereka. Shinbei teringat akan kamera yang dibawanya tadi, lalu Shinbei pun mengambil kamera dan menangkap gambar orang gila itu. Orang gila itu berasa takut lalu lari ketakutan. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan.

Sedang dalam perjalanan, mereka ternampak seekor binatang yang pelik tetapi seakan kucing. Tiba-tiba, Damtaro teringat akan sesuatu. Lalu dia mengeluarkan laptop yang ada bersamanya dan membukanya. Dia kemudian melayari internet dengan menggunakan software Mozilla Firefox. Dia menaip perkataan kucing dan menekan butang ‘search’. Dari situ mereka mendapat maklumat bahawa binatang itu adalah kucing hutan.

Kemudian mereka meneruskan perjalanan lalu sampai di persimpangan yang mempunyai dua simpang. Mereka tidak tahu untuk mengikut simpang mana. Lalu Kirimaru mengeluarkan handset dan menelefon Nobita. Nobita memberitahu Kirimaro supaya ikut simpang kiri dan jalan terus sehingga nampak Istana Dokutake.

Tidak lama kemudian mereka pun sampai ke Istana Dokutake dan terus berjumpa dengan Nobita dan Doraemon. Doraemon mengambil kamera lalu dia menyambungkan USB kamera ke komputer dan mencetak gambar dengan menggunakan printer. Maka, habislah cerita. Sekian.

KOMIK

10:34 AM | with 0 comments »